KEJAYAAN TEAM BOWLING PERAK - MSSM 2022

Pak Malau

Showing posts with label BOLING TENPIN. Show all posts
Showing posts with label BOLING TENPIN. Show all posts

Monday, 17 June 2024

ROAD TO MSSM 2024

 Program ROAD To MSSM 2024


Pada tahun ini Majlis Sukan Sekolah Perak (MSSPk) mengadakan Program Masters Qualifying (MQ) untuk memilih pemain terbaik bagi Pasukan Boling Tenpin negeri Perak ke Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2024 yang akan diadakan di negeri Selangor bulan September nanti.

Program MQ ini telah bermula pada 23 Mei yang lalu di Ampang Superbowl Ipoh Parade, Selepas ini MQ akan di adakan di pusat bowling Esplanade Bowl Kg Koh Sitiawan pada 21 dan 22 Jun 2024. 

Tarikh-tarikh MQ


Sepuluh pemain bagi setiap kategori akan bertanding pada acara akhir pada 18 Julai 2024 di Ampang Superbowl Ipoh Parade. Daripada 10 terbaik tersebut, kedudukan enam teratas dalam acara akhir akan dipanggil untuk pemilihan seterusnya.





Gambar sekitar MQ di Ampang Superbowl Ipoh Parade ( 23 Mei 2024)
















Saturday, 2 September 2023

KEJAYAAN PASUKAN PERAK DI MSSM PENANG 2023

 BOLING TENPIN MSSM PENANG 2023


MSSM BOLING TENPIN

Kejohanan Boling Tenpin Majlis Sukan Sekolah Malaysia MSSM di Pulau Pinang telah melabuhkan tirainya pada 30 Ogos 2023. Pertandingan ini bermula pada 24 ogos 2023 iaitu hari Khamis dengan latihan rasmi kejohanan. Acara bermula pada 25 Ogos hingga 30 Ogos 2023.

Sepanjang kejohanan edisi ke 22 tahun 2023 ini, pasukan Perak telah berjaya mengumpul 2 Pingat Emas, 2 Pingat Perak, 5 Pingat Gangsa, 4 Pingat Keempat dan 1 Pingat Kelima. Pada keseluruhannya Pasukan Perak menduduki tangga keempat dari 15 buah negeri yang bertanding. Satu pencapaian yang amat membanggakan apabila bertanding di luar Perak. Pada edisi ke 21 2022 di Ipoh Perak, Pasukan Perak telah menjadi Juara Keseluruhan dalam kejohanan ini.

Sekalung penghargaan dan ucapan tahniah kepada semua yang terlibat terutamanya Pengurus pasukan iaitu, Cikgu Umi Hasniza binti Nazri, Cikgu Muhamad Rupi bin Adnan dan Cikgu Mohd Rizal bin Mat Arik. Juga kepada para jurulatih iaitu, Cikgu Noor Zurliani binti Mahamood, Cikgu Mohammad Qhairul Nizzam bin Basiron, Cikgu Siti Fatimah binti Jaikon @ Masudi, Cikgu Ezaim Shah bin Esa, Cikgu Norzila binti Yusop dan Cikgu Khairul Azmin bin Anang. 

Syabas dan Tahniah juga kepada semua atlet boling Perak yang telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan. Tahniah sekali lagi kepada semua atlet yang telah menyumbangkan pingat buat Kontijen Perak sama ada Pingat Emas, Pingat Perak, atau Pingat Gangsa. Kejayaan anda merupakan kejayaan semua. Syabas dan Tahniah.

Kedudukan Pingat


Senarai pemenang

Acara Individu Perempuan 18 (Tempat Ke-4)


Acara Individu Lelaki 12 (Tempat Ke-3)



Acara Individu Lelaki 15 (Tempat Ke-3)


Acara Beregu Perempuan 15 (Tempat Ke-3)

Acara Beregu Perempuan 18 (Tempat Ke-4)

Acara Beregu Lelaki 18 (Tempat Ke-3)

Acara Master Perempuan 18 ( Pingat Perak dan Pingat Gangsa)

Acara Master Lelaki 15 (Tempat Ke-5)

Acara Master Lelaki 18 (Tempat Ke-4)

Acara Berpasukan Perempuan 12 (Pingat Perak)

Acara Berpasukan Perempuan 15 (Tempat Ke-4)

EMAS Acara Berpasukan Perempuan 18

EMAS Acara Berpasukan Lelaki 12


PEMENANG PINGAT EMAS (L12)

PEMENANG PINGAT EMAS (P18)


KONTIJEN BOLING TENPIN PERAK 2023


VIDEO-VIDEO BERKAITAN SEPANJANG MSSM 2023






Sunday, 30 July 2023

KEJOHANAN BOLING TENPIN MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH (MSSD) KUALA KANGSAR 2023

 KEJOHANAN BOLING TENPIN MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH (MSSD) KUALA KANGSAR 2023

mssd boling kuala kangsar 2023

Maklumat Kejohanan

1. Tarikh : 13,14,15 dan 19 JUN 2023
2. Masa :  9.30 pagi – 5.00 petang
3. Tempat :  Ipoh Bowl Kinta City dan Ampang Bowl Ipoh Parade 
4. Jumlah Penyertaan : 296 orang
                                   81 orang B 12 ( P-39, L-42)
                                   108 orang B 15 ( P- 39, L – 68)
                                   108 orang B 18 ( P – 39, L – 69 )
5. Perasmi / Penyampai Hadiah : PENOLONG KANAN KO KURIKULUM SMK METHODIST ( EN SYAHIZAM BIN SAPA’AT) dan PENOLONG KANAN SJKC SALAK BARU (PN LEONG PUI WAN)

6. Senarai Pemenang Setiap Kategori :






GAMBAR SEKITAR PERTANDINGAN

 












Kredit/Penghargaan:-

Alhamdulillah MSSD Boling Tenpin Daerah Kuala Kangsar telah berlangsung dengan jayanya. Pertandingan telah diadakan selama 4 hari bermula 13,14,15 dan 19 Jun 2023. Pertandingan melibatkan semua kategori. Jumlah penyertaan adalah seperti maklumat yang diberikan.

Penganjur pada kali ini adalah SMK Methodist,Sg Siput bekerjasama dengan SJKC Salak Baru,Sg Siput Perak. Penganjuran pada kali ini sangat berjaya. Berjalan dengar lancar dari awal hingga ke akhir. Tahun ini adalah merupakan penyertaan teramai yang disertai dari seluruh sekolah Daerah Kuala Kangsar. Kemeriahan sukan boling  dirasai dengan kehadiran peserta-peserta yang mengambil bahagian dengan menunjukkan semangat juang dan kesukanan yang tinggi.

Terimakasih dan tahniah diucapkan kepada En Syahizam bin Sapa’at selaku Penolong Kanan SMK Methodist mewakili Pengetua SMK Methodist dan Pn. Leong  PK Ko Kurikulum SJKC Salak Baru  yang telah mengemudi anak-anak buah untuk bekerjasama dengan baik sehingga kejohanan ini berjalan dengan begitu lancar sekali begitu juga semua Pegawai-pegawai yang dilantik khusus bagi kejohanan MSSD ini.Terimakasih juga kepada pihak Ipoh Bowl dan Ampang Bowl yang bekerjasama dengan baik sepanjang kejohanan walau ada juga berlaku sedikit sebanyak masalah teknikal ‘lane’ yang sememangnya menjadi asam garam, rencah perasa dalam setiap kejohanan Boling Tenpin diadakan.
Akhir kata semoga masih ada sinar untuk sukan Boling Tenpin di Daerah Kuala Kangsar selepas badai gelora Covid-19 yang meninggalkan kesan yang cukup besar.
Sekian laporan dari saya.

Azarol Bin Othman 
Pengerusi Teknik & Pembangunan Sukan Boling Tenpin 
Daerah Kuala Kangsar 




Friday, 21 July 2023

KEJOHANAN BOLING TENPIN MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH (MSSD) BATANG PADANG 2023

KEJOHANAN BOLING TENPIN MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH (MSSD) BATANG PADANG 2023

boling mssd batang padang 2023


Maklumat Kejohanan

1. Tarikh : 3 JULAI 2023
2. Masa : 9.00 PAGI – 6.00 PETANG
3. Tempat : IPOH BOWL KINTA CITY AEON
4. Jumlah Penyertaan : 147 ORANG
                        B12 L ( 38 ORANG ) B12 P ( 32 ORANG )
                        B15 L ( 18 ORANG ) B15 P ( 17 ORANG )
                        B18 L ( 24 ORANG ) B18 P ( 18 ORANG )
5. Perasmi / Penyampai Hadiah :
TN HJ AHMAD BIN SABRI (Timbalan Pegawai PPD)
EN MOHD ZAID BIN ISMAIL (Pen Pegawai PPD Pembangunan Bakat Murid)

6. Senarai Pemenang Setiap Kategori




GAMBAR SEKITAR KEJOHANAN


Ulasan tentang kejohanan:

Kejohanan Boling Tenpin MSSD Batang Padang telah pun dijalankan pada 3 Julai 2023 dengan jayanya bertempat di Ipoh Bowl AEON Kinta City Ipoh.Sebanyak 8 buah sekolah rendah iaitu seramai 70 orang murid telah menyertainya.Manakala penyertaan sekolah menengah pula sebanyak 8 buah sekolah dengan 77 orang pelajar yang menyertainya. Permainan ini telah dijalankan sebanyak 2 blok.

Penghargaan:

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya, Kejohanan Boling Tenpin MSSD Batang Padang sekolah rendah dan sekolah menengah 2023 telah berlangsung dengan jayanya pada 3 Julai 2023 bertempat di Ipoh Bowl AEON Kinta City Ipoh. Justeru, setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan diucapkan kepada Penaung Unit Sukan, Pejabat Pendidikan Daerah Batang Padang, Tn. Osman bin Mohamed Bahari, Timbalan PPD Batang Padang Tn Haji Ahmad bin Sabri dan Penolong Pegawai PPD Pembangunan Bakat Murid En Mohd Zaid bin Ismail atas usaha mapan dan komitmen padu yang ditunjukkan untuk penganjuran Kejohanan Boling Tenpin MSSD Batang Padang 2023 ini.

Seterusnya jutaan terima kasih diucapkan kepada barisan pengelola daripada SK Datuk Kelana (pengelola sekolah rendah) dan SMK Air Kuning (pengelola sekolah menengah) bersama dengan jawatankuasa yang dibentuk, dapat mewujudkan pasukan yang mantap dan kerjasama yang padu. Terima kasih Pn Hjh Roslina binti Abdul Rani (Guru Besar SK Datuk Kelana) dan wakil kepada pengetua SMK Air Kuning iaitu Encik Ismail bin Mohamed (Penolong Kanan Kokurikulum) yang menjadi tunjang kepada pengurusan kejohanan kali ini. 

Tidak lupa juga ucapan jutaan terima kasih kepada Puan Siti Fatimah binti Jaikon@Masudi (PTPS),En Ismail bin Mohamed (penolong PTPS), pengadil/lane marshall, semua barisan jawatankuasa, pengurus, jurulatih dan peserta dari semua sekolah yang terlibat kerana kerjasama yang sangat hebat. Semoga komitmen, kesungguhan, kegigihan dan semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh anda semua bakal menempa kejayaan di tahap yang lebih tinggi.