KEJAYAAN TEAM BOWLING PERAK - MSSM 2022
Pages
CIKGU PAK MALAU DOT COM
Pak Malau
- SPLIT 4 7 10 - 4/6/2025 - Pak Malau
- TRAINING AFTER RAYA - 4/5/2025 - Pak Malau
- SPLIT 6 7 - 4/5/2025 - Pak Malau
- KENALKAH ANDA POKOK CERI?? - 4/1/2025 - Pak Malau
- 1 SYAWAL 1446H - 3/31/2025 - Pak Malau
Monday, 17 June 2024
ROAD TO MSSM 2024
Saturday, 2 September 2023
KEJAYAAN PASUKAN PERAK DI MSSM PENANG 2023
BOLING TENPIN MSSM PENANG 2023
Kejohanan Boling Tenpin Majlis Sukan Sekolah Malaysia MSSM di Pulau Pinang telah melabuhkan tirainya pada 30 Ogos 2023. Pertandingan ini bermula pada 24 ogos 2023 iaitu hari Khamis dengan latihan rasmi kejohanan. Acara bermula pada 25 Ogos hingga 30 Ogos 2023.
Sepanjang kejohanan edisi ke 22 tahun 2023 ini, pasukan Perak telah berjaya mengumpul 2 Pingat Emas, 2 Pingat Perak, 5 Pingat Gangsa, 4 Pingat Keempat dan 1 Pingat Kelima. Pada keseluruhannya Pasukan Perak menduduki tangga keempat dari 15 buah negeri yang bertanding. Satu pencapaian yang amat membanggakan apabila bertanding di luar Perak. Pada edisi ke 21 2022 di Ipoh Perak, Pasukan Perak telah menjadi Juara Keseluruhan dalam kejohanan ini.
Sekalung penghargaan dan ucapan tahniah kepada semua yang terlibat terutamanya Pengurus pasukan iaitu, Cikgu Umi Hasniza binti Nazri, Cikgu Muhamad Rupi bin Adnan dan Cikgu Mohd Rizal bin Mat Arik. Juga kepada para jurulatih iaitu, Cikgu Noor Zurliani binti Mahamood, Cikgu Mohammad Qhairul Nizzam bin Basiron, Cikgu Siti Fatimah binti Jaikon @ Masudi, Cikgu Ezaim Shah bin Esa, Cikgu Norzila binti Yusop dan Cikgu Khairul Azmin bin Anang.
Syabas dan Tahniah juga kepada semua atlet boling Perak yang telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan. Tahniah sekali lagi kepada semua atlet yang telah menyumbangkan pingat buat Kontijen Perak sama ada Pingat Emas, Pingat Perak, atau Pingat Gangsa. Kejayaan anda merupakan kejayaan semua. Syabas dan Tahniah.
Kedudukan Pingat
Senarai pemenang
Acara Individu Perempuan 18 (Tempat Ke-4)
Acara Individu Lelaki 12 (Tempat Ke-3)
Acara Individu Lelaki 15 (Tempat Ke-3)
Friday, 4 August 2023
SIRKIT AKHIR MSSPk/PTBA 2023
SIRKIT AKHIR MSSPk/PTBA 2023
Masa : 10.30 pagi - 2.00 petang
Tempat : Ampang Superbowl Ipoh Parade
300 GAME - FARIS DANISH
Thursday, 6 July 2023
SIRKIT BOLING TENPIN MSSPK/PTBA 2023 - ROAD TO MSSM
SIRKIT BOLING TENPIN MSSPK/PTBA 2023 - ROAD TO MSSM
SIRKIT BOLING TENPIN MSSPk/PTBA 2023
ANJURAN UNIT PEMBANGUNAN BAKAT MURID (SUKAN), JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK
Dengan kerjasama PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KINTA SELATAN & PERSATUAN BOLING TENPIN PERAK (PTBA)
MAKLUMAT KEJOHANAN
Pengelola:
Majlis Sukan Sekolah Perak (MSSpk) dengan Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Selatan & Persatuan Boling Tenpin Perak (PTBA)
Tempat Pertandingan
Ampang Superbowl,Ipoh Parade,Ipoh,Perak.
Cadangan Tarikh Program:
Sirkit 1 (7 – 8 Julai 2023)
Sirkit 2 (24 – 25 Julai 2023)
MSSPk (31 Julai dan 1 Ogos 2023)
Final Sirkit (3 Ogos 2023)
Acara Dipertandingkan
INDIVIDU Lelaki bawah 12/15/18 Tahun
INDIVIDU Perempuan bawah 12/15/18 Tahun
Jadual Sirkit
Thursday, 13 April 2023
TEMA KEJOHANAN SUKAN MSSM
TEMA KEJOHANAN SUKAN MAJLIS SUKAN SEKOLAH MALAYSIA
![]() |
- Asas
- Penggerak utama kepada sesuatu kegiatan, pergerakan, perkembangan dan lain-lain.
Friday, 24 March 2023
PINDAAN PERATURAN AM MAJLIS SUKAN SEKOLAH PERAK 2023
PINDAAN PERATURAN AM MAJLIS SUKAN SEKOLAH PERAK (MSS PERAK) 2023
PINDAAN PERATURAN AM MAJLIS SUKAN SEKOLAH PERAK (MSS PERAK) 2023
Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Majlis Sukan Sekolah Perak (MSS Perak) Bil.1 /2023 bertarikh 13 Mac 2023 telah membuat pindaan Peraturan Am Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Perak (MSS Perak) pad a Peraturan 10 di para 10.5 iaitu Sistem Pertandingan. Tambahan klausa yang dimasukkan adalah pada 10.5.1 (Penentuan mata bagi johan keseluruhan) dan 10.5.2 (Penentuan mata johan keseluruhan mengikut sukan).
DASAR SATU MURID SATU SUKAN (1M 1S) DAN DASAR SUKAN JPN PERAK
SURAT SIARAN : DASAR SATU MURID SATU SUKAN (1M 1S) DAN DASAR SUKAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI (JPN) PERAK
Surat siaran Dasar 1M1S dan Dasar Sukan JPN Perak 2023 bertarikh 23 Mac 2023.
Sukacita dimaklumkan bahawa pelaksanaan semua program dan aktiviti sukan di peringkat sekolah bagi tahun 2023 akan dijalankan seperti biasa.
Dasar 1 Mu rid 1 Sukan mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah dan memberi perhatian utama kepada murid yang kurang aktif supaya mereka boleh melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Bakat murid yang berpotensi juga akan digilap dan dibangunkan melalui Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS). Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan selaras dengan Dasar Sukan Negara. Dasar 1 Mu rid 1 Sukan juga menyokong tujuh teras utama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) seterusnya menerapkan Sukan Nadi Anak yang Baik lagi Cerdik (ABC).
Semua pihak khususnya Pengetua, Guru Besar dan guru-guru hendaklah sentiasa menekankan kepentingan keselamatan murid dan guru semasa menjalankan aktiviti sukan sama ada di sekolah atau di luar sekolah. Pihak sekolah dikehendaki mematuhi sepenuhnya Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi setiap aktiviti sukan yang dilaksanakan. Sehubungan itu, Surat Pekelilng lkhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia perlu digunapakai sebagai panduan dalam menjaga keselamatan murid.
Wednesday, 30 November 2022
VIDEO KEJAYAAN KONTIJEN PERAK DALAM SUKAN BOLING TENPIN MSSM 2022
Tonton video kejayaan Pasukan Boling Tenpin MSS Perak di Kejohanan Boling Tenpin MSSM 2022.
KEJOHANAN BOLING TENPIN MSSM 2022
Kejohanan Boling Tenpin Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2022 telah diadakan pada 4 - 7 September 2022. Pada tahun ini Negeri Perak selaku Tuan Rumah. Selain sukan Boling Tenpin, Perak juga menjadi Tuan Rumah bagi acara Akuatik yang diadakan pada waktu yang sama di Pusat Akuatik Tuanku Zara Ipoh Perak.
Maklumat lanjut anda boleh layati :
ACARA BOLING TENPIN:
ACARA AKUATIK:
Pada edisi kali ini Alhamdulilah Tuan Rumah iaitu PERAK menjadi JUARA KESELURUHAN
![]() |
Faris Danish bin Mohd Faizul |
![]() |
Tuan Nasrin Batrisyia binti Tuan Zamzuri |
Kutipan Pingat Keseluruhah: