KEJAYAAN TEAM BOWLING PERAK - MSSM 2022

Pak Malau

Showing posts with label SIRKIT MSSPk. Show all posts
Showing posts with label SIRKIT MSSPk. Show all posts

Monday, 17 June 2024

ROAD TO MSSM 2024

 Program ROAD To MSSM 2024


Pada tahun ini Majlis Sukan Sekolah Perak (MSSPk) mengadakan Program Masters Qualifying (MQ) untuk memilih pemain terbaik bagi Pasukan Boling Tenpin negeri Perak ke Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2024 yang akan diadakan di negeri Selangor bulan September nanti.

Program MQ ini telah bermula pada 23 Mei yang lalu di Ampang Superbowl Ipoh Parade, Selepas ini MQ akan di adakan di pusat bowling Esplanade Bowl Kg Koh Sitiawan pada 21 dan 22 Jun 2024. 

Tarikh-tarikh MQ


Sepuluh pemain bagi setiap kategori akan bertanding pada acara akhir pada 18 Julai 2024 di Ampang Superbowl Ipoh Parade. Daripada 10 terbaik tersebut, kedudukan enam teratas dalam acara akhir akan dipanggil untuk pemilihan seterusnya.





Gambar sekitar MQ di Ampang Superbowl Ipoh Parade ( 23 Mei 2024)
















Friday, 4 August 2023

SIRKIT AKHIR MSSPk/PTBA 2023

 SIRKIT AKHIR MSSPk/PTBA 2023

SIRKIT BOLING TENPIN MSSPK PTBA 2023

Tarikh     : 3 Ogos 2023 (Khamis)
Masa     : 10.30 pagi - 2.00 petang
Tempat    : Ampang Superbowl Ipoh Parade

Seramai 60 peserta dari semua kategori (L12, L15. L18, P12, P15 DAN P18) berentap di acara akhir Sirkit MSSPk/PTBA 2023. 10 pemain terbaik ini berdasarkan 2 sirkit yang telah mereka sertai. 

Daripada 10 orang pemain setiap kategori, seramai 6 orang akan dipilih untuk sesi pemilihan seterusnya bagi mewakili Perak ke Kejohanan Boling Tenpin MSSM 2023 di Pulau Pinang nanti. 

Tahniah kepada semua pemenang. Pada edisi kali ini, seorang pemain telah membuat permainan sempurna iaitu 300 Jatuhan Pin. Pemain itu ialah Faris Danish bin Mohd Faizul dari daerah Kinta Utara yang bersekolah di SMK Gunung Rapat. 

Hadiah dan sijil disediakan dari tempat pertama hingga ke sepuluh. Hadiah telah disampaikan oleh Encik Mohd Azrul Nizam bin Omar, Penolong Pengarah Unit Pembangunan Bakat Murid (Sukan) JPN Perak. 

Pemain Sirkit Akhir
Lelaki 12

Lelaki 15

Lelaki 18

Perempuan 12

Perempuan 15

Perempuan 18



300 GAME - FARIS DANISH



Sunday, 9 July 2023

SIRKIT MSS PERAK /PTBA 2023

 Sirkit 1 MSSPk/PTBA 2023

sirkit msspk ptba

Sirkit MSSPk/PTBA 2023 telah selesai dijalan pada 7 dan 8 Julai 2023 di Ampang Superbowl Ipoh Parade. Pertandingan ini diadakan untuk mencari calon-calon untuk mewakili Perak ke Kejohanan MSSM Boling Tenpin 2023 nanti. (Road To MSSM)

Tahniah kepada semua pemenang Sirkit 1. Jumpa pada Sirkit 2 nanti (24 dan 25 Julai 2023)









Peringatan mesra, Jika pengguna smart phone sila install Google Sheets terlebih dahulu