KEJAYAAN TEAM BOWLING PERAK - MSSM 2022

Pak Malau

Monday 9 July 2018

LAPORAN KEJOHANAN MSSPk 2018

Kejohanan Boling Majlis Sukan Sekolah Perak (MSSPk) 2018 Edisi ke 19 telah diadakan pada 2 hingga 4 Julai 2018 bertempat di Ampang Superbowl Ipoh Parade, Ipoh Perak. Pada edisi kali ini PPD Hilir Perak menjadi tuan rumah. Kejohanan berlangsung selama 3 hari dan sebanyak 18 pingat Emas dipertandingkan. Antara acara yang dipertandingkan ialah :
1. Acara individu semua kategori (P12, L12, P15, L15, P18 & L18)
2. Acara berpasukan (Bakers Format ) semua kategori
3. Acara Master (kelayakan acara Masters melalui MQ MSSPk yang dijalankan)

Kejohanan berjalan dengan lancar dan acara penutup telah di rasmikan oleh tuan PPD Hilir Perak iaitu Tn Hj Mohamed Shafie bin Abd Karim.

Keputusan Keseluruhan telah di monopoli oleh Kontijen Kinta Utara. Tahniah kepada KINTA UTARA juara keseluruhan Kejohanan Boling MSSPK 2018 Edisi ke 19.

KEDUDUKAN DAERAH BERDASARKAN PUNGUTAN PINGAT
1. Kinta Utara
2. Kuala Kangsar
3. Manjung
4. Larut Matang dan Selama
5. Bagan Datuk
6. Perak Tengah
7. Kinta Selatan
8. Hulu Perak
9. Hilir Perak'
10. Kerian
11. Batang Padang








KEPUTUSAN PENUH MSSPK 2018