KEJAYAAN TEAM BOWLING PERAK - MSSM 2022

Pak Malau

Friday 24 March 2023

PINDAAN PERATURAN AM MAJLIS SUKAN SEKOLAH PERAK 2023

PINDAAN PERATURAN AM MAJLIS SUKAN SEKOLAH PERAK (MSS PERAK) 2023


PINDAAN PERATURAN AM MAJLIS SUKAN SEKOLAH PERAK (MSS PERAK) 2023

Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Majlis Sukan Sekolah Perak (MSS Perak) Bil.1 /2023 bertarikh 13 Mac 2023 telah membuat pindaan Peraturan Am Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Perak (MSS Perak) pad a Peraturan 10 di para 10.5 iaitu Sistem Pertandingan. Tambahan klausa yang dimasukkan adalah pada 10.5.1 (Penentuan mata bagi johan keseluruhan) dan 10.5.2 (Penentuan mata johan keseluruhan mengikut sukan).

Bersama-sama ini dilampirkan Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah Perak (MSS Perak) pindaan 13 Mac 2023 untuk tindakan pihak tuan selanjutnya.

DASAR SATU MURID SATU SUKAN (1M 1S) DAN DASAR SUKAN JPN PERAK

SURAT SIARAN : DASAR SATU MURID SATU SUKAN (1M 1S) DAN DASAR SUKAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI (JPN) PERAK


Surat siaran Dasar 1M1S dan Dasar Sukan JPN Perak 2023 bertarikh 23 Mac 2023. 

Sukacita dimaklumkan bahawa pelaksanaan semua program dan aktiviti sukan di peringkat sekolah bagi tahun 2023 akan dijalankan seperti biasa.

Dasar 1 Mu rid 1 Sukan mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah dan memberi perhatian utama kepada murid yang kurang aktif supaya mereka boleh melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Bakat murid yang berpotensi juga akan digilap dan dibangunkan melalui Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS). Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan selaras dengan Dasar Sukan Negara. Dasar 1 Mu rid 1 Sukan juga menyokong tujuh teras utama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) seterusnya menerapkan Sukan Nadi Anak yang Baik lagi Cerdik (ABC).

Semua pihak khususnya Pengetua, Guru Besar dan guru-guru hendaklah sentiasa menekankan kepentingan keselamatan murid dan guru semasa menjalankan aktiviti sukan sama ada di sekolah atau di luar sekolah. Pihak sekolah dikehendaki mematuhi sepenuhnya Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi setiap aktiviti sukan yang dilaksanakan. Sehubungan itu, Surat Pekelilng lkhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia perlu digunapakai sebagai panduan dalam menjaga keselamatan murid. 

MUAT TURUN SURAT SIARAN


Saturday 4 March 2023

KEJOHANAN BOLING MSSPk TAHUN 2012

 KEJOHANAN BOLING TENPIN MSSPk TAHUN 2012

pegawai kejohanan boling msspk 2012
Pegawai Kejohanan

Kejohanan Boling Tenpin Majlis Sukan Sekolah Perak Tahun 2012 telah diadakan pada bulan Mac di Ampang Superbowl Ipoh Parade.

Saya kongsikan gambar sekitar kejohanan dan majlis penyampaian hadiah.













































KEJOHANAN BOLING MSSPk TAHUN 2011

Kejohanan Boling MSSPk 2011

Kenangan Kejohanan Boling Tenpin Majlis Sukan Sekolah Perak Tahun 2011 di Ampang Superbowl Ipoh Parade pada Bulan Mac. 

beberapa keping gambar yang masih dalam simpanan saya kongsikan di sini.