KEJAYAAN TEAM BOWLING PERAK - MSSM 2022

Pak Malau

Thursday, 6 July 2023

KEJOHANAN BOLING TENPIN MSSD LARUT MATANG DAN SELAMA 2023

 KEJOHANAN BOLING TENPIN MSSD LMS 2023


Maklumat Kejohanan

1. Tarikh : 4 hingga 6 JULAI 2023

2. Masa :  8.30 pagi – 2.00 petang

3. Tempat :  WINNERS BOWL TAIPING

4. Jumlah Penyertaan : 134 orang

                                   33 orang B 12 ( p-17, L-16)

                                   51 orang B 15 ( p- 25, L – 26)

                                   50 orang B 18 ( p – 25, L – 25 )

5. Perasmi / Penyampai Hadiah : PENGETUA SMK SIMPANG ( EN.KHAIRUDIN BIN PUAAT)
6. Senarai Pemenang Setiap Kategori :


LB 15

BIL

NAMA

SEKOLAH

KEDUDUKAN

1

ADLIL SYAUQI BIN ARAZMI

SMK TOH JOHAN

EMAS

2

MUHAMAD ADAM BIN MOHD RIZAL

SMK KG.JAMBU

PERAK

3

MUHAMAD ALIF IRFAN BIN IDRIS

SMK TMN PANGLIMA

GANGSA

4

MUHAMMAD AZIM DARWISH BIN MOHD ASRUL

SMK KG. JAMBU

KE 4

PB 15

1

SITI NUR ATIQAH BINTI NAZIRAN

SMK KG JAMBU

EMAS

2

ADRIANA NATASYA BINTI MOHD ZAMRI

SMK TOH JOHAN

PERAK

3

KASEH ARINSHEERA BINTI ABDUL RAZAK

SMK CONVENT TAIPING

GANGSA

4

NUR AINIL SOFEA BINTI SUHAIMI

SERATAS

KE 4

LB 18

1

MUHAMMAD ANIQQ BIN ZAIDI

SMK TAMAN TASIK

EMAS

2

NOR ALIFUDDIN BIN ZAIRUDIN

SMK DR BURHANUDDIN

PERAK

3

MUHAMMAD NAZRIN BIN HASSAN

SMK KAMUNTING

GANGSA

4

ALIF FAUZAN BIN MOHD ZAINUDDIN

SMK DR BURHANUDDIN

KE 4

PB 18

1

ADRIANA BATRISYIA BINTI MOHD ZAMRI

SMK TOH JOHAN

EMAS

2

NURIN SYAZA MUNIRAH BT MUHAMMAD MAHATHIR

SMK KG JAMBU

PERAK

3

NUR IMAN QISTINA BINTI MOHD YUSOF

SMK CONVENT TAIPING

GANGSA

4

WAFA NUR ARINA BINTI AHMAD NAJIB

SMK KG JAMBU

KE 4

LB 12

1

ADEEL SYAKIR BIN ARAZMI

SK PADANG GAJAH

EMAS

2

AHMAD HAZWANUDDIN BIN AHMAD NAJIB

SK SERI AMAN

PERAK

3

NUR MUHAMMAD ZFRAN BIN JAAFAR

SK BUKIT JANA

GANGSA

4

MUHAMMAD IMAN HAQEEM BIN MD AMIN

SK PADANG GAJAH

KE 4

PB 12

1

HASYA HANIENA BINTI ZUL ZAKIYUDDIN

SK NGAH IBRAHIM

EMAS

2

ANNUR SYUHADA BINTI ARAZMI

SK PADANG GAJAH

PERAK

3

AINA SOFIA BT JALALUDIN

SK PADANG GAJAH

GANGSA

4

CHEAH RUI NEE

SK CONVENT KOTA

KE 4



  

  

  


Kredit/Penghargaan:-

Alhamdulillah MSSD Boling Tenpin daerah Larut Matang & Selama telah berlangsung dengan jayanya. Pertandingan telah diadakan selama tiga hari bermula 4 hb Julai ( selasa ) hingga 6 hb Julai ( khamis). Pertandingan melibatkan semua kategori. Jumlah penyertaan adalah seperti maklumat yang diberikan.

Penganjur pada kali ini adalah SMK Simpang, Taiping Perak. Sekolah ini akan menganjurkan sekali lagi pada tahun hadapan. Penganjuran pada kali ini sangat berjaya. Berjalan dengar lancar dari awal hingga ke akhir. Sungguh pun penyertaan pada kali ini agak berkurangan kerana pertembungan dengan sukan-sukan lain yang turut sama diadakan. Ini adalah kerana kesan penangguhan semua aktiviti luar bilik darjah kerana kesan cuaca panas melampau yang telah berlaku sebelum ini. 

Walau bagaimana pun kemeriahan sukan boling tetap dirasai dengan kehadiran peserta-peserta yang mengambil bahagian dengan menunjukkan semangat juang dan kesukanan yang tinggi.

Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada En Khairudin Bin Puaat selaku pengetua SMK Simpang dan Pn. Haliza Binti Ahmad PK Ko Kurikulum yang telah mengemudi anak-anak buah untuk bekerjasama dengan baik sehingga kejohanan ini berjalan dengan begitu lancar sekali. Terimakasih juga kepada pihak Winners Bowl yang bekerjasama dengan baik sepanjang kejohanan walau ada juga berlaku sedikit sebanyak masalah teknikal ‘lane’ yang sememangnya menjadi asam garam, rencah perasa dalam setiap kejohanan Boling Tenpin diadakan.

Akhir kata semoga masih ada sinar untuk sukan Boling Tenpin di daerah Larut Matang & Selama selepas badai gelora covid-19 yang meninggalkan kesan yang cukup besar. Sekian laporan dari saya Khairul Azmin Bin Anang selaku Pengerusi Teknik & Pembangunan Sukan daerah Larut Matang & Selama bagi permainan Boling Tenpin.



Thursday, 13 April 2023

TEMA KEJOHANAN SUKAN MSSM

 TEMA KEJOHANAN SUKAN MAJLIS SUKAN SEKOLAH MALAYSIA

sukan nadi ABC anak yang baik lagi cerdik
Keterangan:-

SUKAN :-
Terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan seperti pertandingan, keseronokan, riadah, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan sebagainya.

NADI:-
  •  Asas
  • Penggerak utama kepada sesuatu kegiatan, pergerakan, perkembangan dan lain-lain.
ABC:-

Anak yang Baik lagi Cerdik yang menitikberatkan pembentukan karakter, pembinaan insan, akhlak dan integriti dalam kalangan murid.


Friday, 24 March 2023

PINDAAN PERATURAN AM MAJLIS SUKAN SEKOLAH PERAK 2023

PINDAAN PERATURAN AM MAJLIS SUKAN SEKOLAH PERAK (MSS PERAK) 2023


PINDAAN PERATURAN AM MAJLIS SUKAN SEKOLAH PERAK (MSS PERAK) 2023

Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Majlis Sukan Sekolah Perak (MSS Perak) Bil.1 /2023 bertarikh 13 Mac 2023 telah membuat pindaan Peraturan Am Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Perak (MSS Perak) pad a Peraturan 10 di para 10.5 iaitu Sistem Pertandingan. Tambahan klausa yang dimasukkan adalah pada 10.5.1 (Penentuan mata bagi johan keseluruhan) dan 10.5.2 (Penentuan mata johan keseluruhan mengikut sukan).

Bersama-sama ini dilampirkan Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah Perak (MSS Perak) pindaan 13 Mac 2023 untuk tindakan pihak tuan selanjutnya.

DASAR SATU MURID SATU SUKAN (1M 1S) DAN DASAR SUKAN JPN PERAK

SURAT SIARAN : DASAR SATU MURID SATU SUKAN (1M 1S) DAN DASAR SUKAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI (JPN) PERAK


Surat siaran Dasar 1M1S dan Dasar Sukan JPN Perak 2023 bertarikh 23 Mac 2023. 

Sukacita dimaklumkan bahawa pelaksanaan semua program dan aktiviti sukan di peringkat sekolah bagi tahun 2023 akan dijalankan seperti biasa.

Dasar 1 Mu rid 1 Sukan mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah dan memberi perhatian utama kepada murid yang kurang aktif supaya mereka boleh melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Bakat murid yang berpotensi juga akan digilap dan dibangunkan melalui Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS). Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan selaras dengan Dasar Sukan Negara. Dasar 1 Mu rid 1 Sukan juga menyokong tujuh teras utama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) seterusnya menerapkan Sukan Nadi Anak yang Baik lagi Cerdik (ABC).

Semua pihak khususnya Pengetua, Guru Besar dan guru-guru hendaklah sentiasa menekankan kepentingan keselamatan murid dan guru semasa menjalankan aktiviti sukan sama ada di sekolah atau di luar sekolah. Pihak sekolah dikehendaki mematuhi sepenuhnya Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi setiap aktiviti sukan yang dilaksanakan. Sehubungan itu, Surat Pekelilng lkhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia perlu digunapakai sebagai panduan dalam menjaga keselamatan murid. 

MUAT TURUN SURAT SIARAN


Saturday, 4 March 2023

KEJOHANAN BOLING MSSPk TAHUN 2012

 KEJOHANAN BOLING TENPIN MSSPk TAHUN 2012

pegawai kejohanan boling msspk 2012
Pegawai Kejohanan

Kejohanan Boling Tenpin Majlis Sukan Sekolah Perak Tahun 2012 telah diadakan pada bulan Mac di Ampang Superbowl Ipoh Parade.

Saya kongsikan gambar sekitar kejohanan dan majlis penyampaian hadiah.