KEJAYAAN TEAM BOWLING PERAK - MSSM 2022

Pak Malau

Friday 21 July 2023

KEJOHANAN BOLING TENPIN MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH (MSSD) KINTA UTARA 2023

KEJOHANAN BOLING TENPIN MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH (MSSD) KINTA UTARA 2023

mssd boling kinta utara


Maklumat Kejohanan:

1. Tarikh : 12 -13 Julai 2023 (Rabu hingga Khamis)
2. Masa : 9.00 - 5.30 petang 
3. Tempat : Ampang Superbowl, Ipoh Parade, Ipoh, Perak
4. Jumlah Penyertaan : 33 buah sekolah rendah & menengah
                                       246 orang murid(SM & SR)

5. Perasmi / Penyampai Hadiah : En. Badrul Hisam bin Yusoff (Guru Besar SK Seri Ampang)
                                        :En. Ahmad Haridan bin Hj Mohammed (Pengetua SMK Gunung Rapat)

6. Senarai Pemenang Setiap Kategori:




Ulasan tentang Kejohanan / Kredit / Penghargaan: 

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya, Kejohanan Boling Tenpin MSSD Kinta Utara 2023 telah berlangsung dengan jayanya pada 12 - 13 Julai 2023 bertempat di Ampang Superbowl, Ipoh Parade, Ipoh, Perak. Pada tahun ini penyertaan adalah sebanyak 246 pemain daripada 33 buah sekolah bagi kategori bawah 12 tahun, 15 tahun dan 18 tahun. Segala perjalanan pengelolaan berjalan lancar dan mendapat kerjasama yang terbaik daripada semua sekolah yang menyertai pertandingan tersebut. 

Pada hari kedua kejohanan, En Muhamad Atthahiri bin Abd Wahab, Pen PPD Pembangunan Bakat Murid (Sukan) telah datang untuk memastikan perjalanan pertandingan berjalan lancar. Justeru, setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan diucapkan kepada Tuan PPD Kinta Utara, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor Pembangunan Murid atas usaha dan kerjasama yang mapan dan komitmen padu yang ditunjukkan untuk penganjuran Kejohanan Boling Tenpin Daerah MSSD Kinta Utara 2023 ini. 

Seterusnya, ucapan terima kasih juga diucapkan kepada sekolah pengelola kejohanan bersama iaitu SK Seri Ampang, yang diketuai oleh YBrs En. Badrul Hisam bin Yusoff dan SMK Gunung Rapat iaitu pengetuanya En. Ahmad Haridan bin Hj Mohammed, semua ahli jawatankuasa pengelola dan urus setia daripada sekolah-sekolah tersebut yang telah bertungkus-lumus dalam memastikan kelancaran perjalanan kejohanan ini. Terima kasih juga diucapkan kepada En Ezaim Shah bin Esa (PTPS) dan En Hazriyadi bin Jamaludin (Penolong PTPS), jawatankuasa teknikal dan semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak dalam menjayakan Kejohanan Boling Tenpin bagi tahun 2023 ini. 

Tidak ketinggalan juga setinggi penghargaan kepada semua ibu bapa yang telah hadir bersama di tempat pertandingan dan sokongan kepada anak-anak mereka yang tidak berbelah bagi. Pengurus pasukan setiap sekolah juga sentiasa memberikan sokongan moral yang terbaik. Tahniah semua. Semoga pelaksanaan kejohanan ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang agar Daerah Kinta Utara dapat melahirkan lebih ramai modal insan yang aktif dan berdaya saing bertepatan dengan slogan ‘Sukan Nadi ABC’. Terima kasih sekali lagi kepada semua pihak yang menjayakan Kejohanan Boling Tenpin MSSD Kinta Utara 2023. 
Sekian, terima kasih. 

GAMBAR SEKITAR KEJOHANAN



LINK ALBUM GAMBAR

Disediakan oleh, 
JK Dokumentasi & Laporan (SMK Gunung Rapat) 
Disemak oleh, 
En. Ezaim Shah bin Esa (PTPS Boling Tenpin MSSD Kinta Utara)



No comments:

Post a Comment