KEJAYAAN TEAM BOWLING PERAK - MSSM 2022

Pak Malau

Wednesday 15 June 2016

MESYUARAT JK PENGELOLA MSSM BIL 1/2016

SELASA 14 Jun 2016 bertempat di Unit Sukan JPN Perak telah berlangsung satu Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Boling Tenpin dan Hoki MSSM bil 1/2016. 





Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Rozi bin Puteh Ismail, Pengarah JPN Perak. Turut hadir bersama Puan Fauziah binti Ahmad, Penyelaras Sukan Boling Tenpin, Bahagian Sukan Kementerian Pendidikan Malaysia dan Encik Mohd Isa bin Sulaiman, PTPS Boling Tenpin MSSM. 

Mesyuarat telah memutuskan yang Kejohanan Boling Tenpin MSSM 2016 akan diadakan pada

13 hingga 18 Ogos 2016 
di Ipoh Bowl, Kinta City Ipoh

Lawatan Puan Fauziah binti Ahmad ke Gelanggang Kejohanan










Semua atlet Boling Tenpin akan menginap di PARAGON CITY HOTEL



Foto: Kredit pada Puan Fauziah bt Ahmad

MESYUARAT PENGELOLAAN KEJOHANAN BOLING TENPIN MSSM BIL 2/2016 AKAN DIADAKAN PADA
28 JUN 2016
DI IPOH BOWL, KINTA CITY, IPOH
JAM 2.00 PETANG

Thursday 26 May 2016

Wednesday 25 May 2016

KEPUTUSAN FINAL SIRKIT BOLING TENPIN MSSPK PTBA 2016

Berikut adalah keputusan penuh Kejohanan Boling Tenpin MSSPK/PTBA 2016 (Grand Final) yang telah diadakan pada 24 dan 25 Mei 2016 di Ipoh Bowl, Kinta City, Ipoh Perak.

KEPUTUSAN ACARA MASTERS (12 GAMES)
LELAKI 12 TAHUN


PEREMPUAN 12 TAHUN

LELAKI 15 TAHUN

PEREMPUAN 15 TAHUN

LELAKI 18 TAHUN

PEREMPUAN 18 TAHUN
BERDASARKAN JUMLAH JATUHAN PIN (12 GAMES), KEDUDUKAN PERTAMA LAYAK SECARA AUTOMATIK MEWAKILI PERAK KE MSSM. 
KEDUDUKAN PERTAMA HINGGA KEENAM AKAN DIPANGGIL UNTUK PEMILIHAN FASA 1. SURAT PANGGILAN AKAN MENYUSUL SELEPAS INI. HARAP MAKLUM

JATUHAN PIN TERTINGGI BERDASARKAN 12 GAMES

BERIKUT ADALAH KEPUTUSAN PENUH SELEPAS ACARA
'STEP LADDER'
 PUNGUTAN PINGAT

LELAKI 12 TAHUN
 PEREMPUAN 12 TAHUN
LELAKI 15 TAHUN
PEREMPUAN 15 TAHUN
LELAKI 18 TAHUN
 PEREMPUAN 18 TAHUN

TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMENANG.


Wednesday 11 May 2016

KEJOHANAN BOLING TENPIN MSS PERAK 2016

Keputusan mesyuarat Jawatankuasa Pengelola yang diketuai oleh Perak Tengah bersama semua PTPS Boling Tenpin Daerah telah memutuskan yang Kejohanan Boling Tenpin Majlis Sukan Sekolah Perak 2016 akan diadakan seperti berikut:

TARIKH   : 23 - 25 MEI 2016
HARI        : ISNIN - RABU
TEMPAT  : IPOH BOWL, KINTA CITY, IPOH.
PENGINAPAN : UNIT SUKAN JPN PERAK
JADUAL :


BORANG PENDAFTARAN

Perhatian kepada PTPS Daerah / Pengurus Pasukan Daerah - Sila muat turun BORANG PENDAFTARAN M01/R01 dan M02/R02 untuk dilengkapkan dan diserah semasa MESYUARAT PENGURUS PASUKAN pada 23 MEI 2016 jam 9.00 malam di UNIT SUKAN JPN Perak. 
HARAP MAKLUM.


TAMAT KURSUS

Tahniah kepada semua peserta Kursus Kepegawaian, Kepengadilan dan Kejurulatihan Boling Tenpin MSS Perak 2016 yang berjaya menamatkan kursus ini. Sebarang kekurangan sepanjang kursus dijalankan, pihak jawatankuasa pengelola memohon seribu kemaafan. Jawatankuasa pengelola juga mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada fasilitator dan penceramah yang terdiri daripada Encik Mohd Yusof bin Hussin, PTPS Boling Tenpin MSS Pahang, Encik Razak Malek Taharim, mantan PTPS Boling Tenpin MSS Perak dan Encik Ahmad Haridan bin Mohamed, Timbalan Presiden PTBA yang sudi berkongsi ilmu dan pengetahuan dengan peserta kursus. Juga pegawai dari Unit Sukan JPN Perak yang terdiri daripada Encik Azami bin Ijam, Penolong Pengarah Unit Sukan, Encik Shahrul Nizam bin Taharim, Penyelaras Boling Tenpin MSS Perak, dan Encik Ahmad Shukri bin Mohd Badarudin, Pegawai Teknikal SPTS yang sudi hadir menyampaikan sijil kepada peserta kursus dan seterusnya menutup dengan rasminya kursus ini.

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL DAN PENUTUPAN RASMI KURSUS













TAHNIAH SEMUA