KEJAYAAN TEAM BOWLING PERAK - MSSM 2022

Pak Malau

Wednesday 3 May 2017

SIRKIT BOLING TENPIN 2017

Majlis Sukan Sekolah Perak akan mengadakan SIRKIT BOLING TENPIN 2017 bagi memilih pemain yang akan mewakili Negeri PERAK ke MSSM Boling Tenpin 2017 di Alor Setar Kedah bulan Ogos nanti.

Tarikh Sirkit seperti berikut

SIRKIT 1
12, 13 dan 14 Mei 2017 di Ipoh Bowl, Kinta City

SIRKIT 2
17 Mei 2017 di Ampang Super Bowl Seri Iskandar

SIRKIT 3
8 dan 9 Julai 2017 di Ipoh Bowl, Kinta City

4 pemain teratas berdasarkan PURATA jatuhan pin bagi 2 SIRKIT terbaik daripada 3 akan dipilih terus mewakili Kontijen MSS Perak 2017.

Syarat lain:
1. Pemain mestilah bermain diperingkat daerah terlebih dahulu dan disahkan layak untuk bermain di SIRKIT MSSPk 2017 oleh PTPS Daerah.
2. PTPS Daerah telah bersetuju MAKSIMUM setiap kategori adalah 8 orang dan JUMLAH keseluruhan tidak melebihi 80 orang. Bagi daerah yang merasakan pemainya LAYAK untuk bermain di SIRKIT MSSPk 2017 tetapi berkedudukan 9 dan ke bawah, boleh menggunakan PERUNTUKAN pemain daerah lain yang menghantar kurang daripada 8 orang.

MAKLUMAN DARIPADA PORTAL JPN PERAK

RUJUK BROSUR SIRKIT MSSPK 2017 untuk BAYARAN dan JADUAL.

MUAT TURUN BROSUR SIRKIT 2017

No comments:

Post a Comment